Sponsor Ads

Tuesday, September 28, 2010

KENAPA PERLU MARAH???

Adoi geram bila internet tak boleh bukak..Tunggu punya tunggu die load akhirnya tertera problem loading page…waaaaa rase nak menjerit..Sabar..sabar.. biasa pakai broadband je, nak tunggu streamyx xdpt2 lagi sebab kawasan rumah ni baru lagi, xde kabel katanya..huhuhu

Yang buat frustnya bila dah taip byk citer alih2 bila nak post je..kuar PLP ni (Problem Loading Page).. Tengah2 banyak idea dan seronok berblogging ni time ni la internet selalu problem...

Sekarang rasa cam suka je nak berblog2 ni..Ada org ckp boleh buat duit dengan blog..Aku pun dah try, byk gak dah try cam google adsense, nuffnang, manggaads dll tp masih xde ape2 lagi, maybe lama sgt tak update blog sampai dah lagi bersawang2 dah..hehehe

Sebenarnya banyak yang aku nak kongsi cuma masa yang x mengizinkan dan dengan keadaan internet yang slow ni membuatkan aku terlupa dan akhirnya terkubur je camtu..hihihi


Hari ni aku terbaca satu artikel dari blog http://www.otakbisnes.com/blog/motivate-ourself/maafkan-aku.html dan aku memohon izin untuk mengcopy artikel ini untuk diletakkan kat dlm blog aku ni…

PAKU DIDINDING HATIMU…
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal.
“Kepada ibu dan ayahku, adik-beradikku, sanak-saudaraku, kawan-kawanku... Maafkan diriku sekiranya diriku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kalian semua.”

Dalam mencari-cari tentang bab marah-marah ni terjumpa satu website untuk beli buku tajuknya

Menangani Sifat Marah

Buku ini memuatkan tip-tip menangani sifat marah

Teks dipermudahkan dalam bentuk nota ringkas dan sub-tajuk untuk memudahkan anda merujuk mengikut tajuk.

Gambar foto dan ilustrasi memberi penjelasan secara praktik bahawa marah boleh dikawal.

Gambarajah, carta dan jadual menerangkan langkah yang lebih efisyen menujukan cara mengawal marah.

Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Haji Muhammad Zakaria

Harga Pasaran :
Semenanjung : RM 19.90
Sabah Sarawak : RM 21.90

Tuesday, September 21, 2010

Gembiranya di hatiku..

Yahuuu gembira sgt sebenarnya bila dpt menang sesuatu contest, hiiii selalunya kalau masuk2 contest, akhirnya kecewa je...huhhu bukan senang nak menang kan ;)

Sebenarnya utk berBF (breastfeeding) ni memerlukan semangat yang kuat dari diri sendiri dan sokongan yang kuat juga dari org sekeliling terutamanya husband sendiri..Thanks a lot to my hubby sbb byk sgt bagi sokongan to me...Love u so much..

Nanti nak cari la artikel2 camne nak banyakkan ASI (air susu ibu) ni and kongsi ngan kawan2 semua...

Monday, September 20, 2010

Pengalamanku menyusukan susu ibu (My breastfeeding experience)


Kebaikan penyusuan susu ibu dari pengalamanku.. Untukmu Anakku, Sa’id Qutb


Terkenang setahun yang lepas, ketika aku melahirkan Sa’id, aku rasa sangat bahagia walaupun bertarung nyawa untuk melahirkannya, aku redha. Sehari suntuk aku menahan kesakitan yang amat sangat. Alhamdulillah akhirnya terbalas juga segala kesakitan itu apabila melihat matanya yang begitu besar melihatku. Sa’id tidak menangis pun sewaktu dilahirkan hanya matanya yang bulat sahaja terkebil-kebil melihat alam baru. “Bulatnya mata, pandainya tengok ibu dia”, terdengar olehku bisikan dari Nurse di sebalik tabir. Ahh bahagianya rasa melihat anakku sihat dan selamat. Lagi bahagia rasanya bila aku sendiri yang menyusukannya. Orang kata, susu ibu 7 kali ganda lagi bagus dan baik daripada susu formula. Manakan sama susu yang Allah buat dengan susu yang manusia buat, ibaratnya seperti barang asli dengan barang yang tidak asli. Dan aku nekad untuk menyusukan Sa’id sepenuh masa memandangkan aku surirumah dan hanya berniaga kecil-kecilan di rumah sahaja.


Sekarang Sa’id dah setahun sebulan. Begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar Sa’id dah pandai berjalan dan menendang bola. “Siapa dulu yang kat dalam perut tendang-tendang Ibu?, kejap nampak tapak tangan kejap nampak tapak kaki..hahaha” tanyaku kepada anakku Sa’id. Kini setiap malam pasti ada kaki dan bontotnya singgah di kepalaku, di mukaku mengejutkan aku untuk menyusu. Mudahnya aku rasa sebab aku tidak perlu bangun untuk membuat susu hanya dengan berbaring sahaja Sa’id dapat menghisap susu. Sa’id akan menghisap susu apabila lapar dan akan berhenti sesudah kenyang. Ini dapat mengelakkan risiko bayi terlebih minum kerana susu ibu hanya akan mengalir apabila bayi menghisap sahaja. Tiba-tiba “Errrkkk!!!” kuatnya Sa’id sendawa kekenyangan. Gelakku sendirian, dalam waktu yang sama dihatiku puas kerana dapat menyusukan Sa’id sehingga kenyang. Alhamdulillah, senang dan mudah kerjaku.


Bila teringat kembali perkembangan Sa’id, dah agak lama Sa’id tidak demam dan sakit, akhir sekali ketika Sa’id berusia 6 bulan itupun disebabkan terima imunisasi atau suntikan. Agaknya mungkin sebab antibodinya kuat kerana salah satu kebaikan susu ibu ini dapat menguatkan antibodi bayi. Melalui pembacaanku, salah satu dari kebaikan penyusuan susu ibu, tubuh bayi dapat membentuk antibodinya sendiri bagi melawan jangkitan penyakit. Sa’id juga tidak sembelit dan meragam kembung perut, dan aku tidak perlu susah-susah memikirkan susu apa yang dapat disesuaikan dengan perutnya. Dalam erti kata lain aku dapat menjimatkan duitku dari membeli susu formula yang agak mahal. Susu ibu semestinya percuma sahaja.


Susu ibu adalah pilihan yang terbaik bagi memenuhi keperluan bayi bermula dari saat kelahiran mereka. Malahan bukan sahaja baik untuk bayi tetapi baik untuk ibu juga kerana melalui penyusuan susu ibu, dapat membantu ibu mengembalikan bentuk tubuh badan kepada keadaan asal sebelum mengandung. Aku dapat merasakan berat badanku kini telah kembali sediakala. Sewaktu sebelum mengandungkan Sa’id beratku adalah 48kg, ketika mengandungkan Sa’id beratku naik kepada 66kg dan kini Alhamdulillah beratku seimbang iaitu 50kg walaupun aku banyak makan supaya dapat memproses banyak susu untuk Sa’id. Terima kasih Sa’id kerana menguruskan badan dengan mengambil lemak-lemak di badan ibu ini.


Sehingga ke hari ini, saat ini Sa’id masih lagi menyusu susu aku, walaupun aku rasa susu aku tidak melimpah ruah seperti dahulu namun aku percaya ianya cukup untuk anakku dan aku bersyukur kehadrat Ilahi kerananya. Seperti yang aku tahu, selagi bayi menghisap susu ibu, selagi itulah otak akan menyampaikan arahan untuk kilang susu terus beroperasi. Dengan sebab inilah, aku begitu yakin untuk menyusukan Sa’id berterusan sehingga dia berusia dua tahun nanti kerana pengeluaran susu ibu akan diproses berterusan dengan permintaan dan keperluan bayi.


Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya, begitu jugalah denganku. Pada pandanganku penyusuan susu ibu ini memberikan seribu kebaikan dan tiada tolok tandingannya dengan susu formula. Bagiku khasiat susu ibu terlalu banyak kebaikannya dan salah satunya lagi ia dapat meningkatkan tahap kecerdasan fizikal dan mental anak-anak kita. “Sa’id, Ibu inginkan yang terbaik untukmu, jadilah anak yang soleh akhlakmu, sihat tubuh badanmu dan bijak akalmu, InsyaAllah”. Monologku sendirian.

My class chocolate